Terma Penggunaan
Updated 5 Oktober 2026
1. Tentang kami
SenangBetul dikendalikan oleh Anadyne Systems (TR0328962-P), Regus, Dpulze, Lingkaran Cyberpoint Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor. Dengan menggunakan laman ini atau mendaftar akaun, anda bersetuju dengan terma ini.
2. Akaun anda
- Satu akaun untuk satu orang. Berikan nama dan email yang betul.
- Jaga password anda dan jangan share akaun. Anda bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam akaun anda.
- Anda boleh memadam akaun anda bila-bila masa di Profil.
3. Kursus dan langganan
- Kursus percuma boleh diikuti tanpa bayaran, tanpa perlu akaun.
- Kursus Premium dibuka dengan satu langganan setahun, semua kursus. Harga yang dikenakan ialah harga yang dipaparkan pada hari pembelian, termasuk bagi langganan yang diperbaharui.
- Langganan termasuk setiap kursus, update kursus, kursus baru yang dilancarkan semasa langganan aktif tanpa bayaran tambahan, dan akses kepada group sokongan premium. Kursus dilancarkan secara berperingkat.
- Pembelian dengan affiliate code, sama ada melalui affiliate link atau dimasukkan semasa bayar, mendapat akses tambahan 1 bulan pada harga yang sama: 13 bulan, bukan setahun.
- Bayaran dibuat sekali bagi setiap tahun. Tiada caj automatik; anda pilih sama ada mahu langgan semula.
- Langganan yang dibeli sebelum langganan yang sama tamat bermula selepas yang lama tamat.
- Kami boleh mengemas kini, menambah atau menyusun semula kandungan kursus dari semasa ke semasa.
4. Kandungan kursus
- Video, prompt dan bahan kursus adalah untuk kegunaan anda sendiri. Jangan copy, jual atau share semula kepada orang lain.
- Website dan sistem yang anda bina sendiri dengan bantuan kursus adalah milik anda.
5. Program affiliate
- Sesiapa yang ada akaun boleh menyertai, percuma.
- Komisyen mengikut jumlah jualan anda: 30% bagi jualan 1 hingga 10 (Starter), 35% bagi jualan 11 hingga 50 (Pro) dan 40% mulai jualan ke-51 (Elite, sebagai Partner), berdasarkan jumlah yang sebenarnya dibayar pembeli.
- Bonus boleh dituntut dalam dashboard affiliate apabila anda mencapai level (jumlah jualan) berikut: RM20 pada jualan ke-5, 15, 25, 35 dan 45.
- Sesuatu pembelian dikira sebagai jualan anda jika pembeli melanggan dalam 30 hari selepas membuka link anda. Pembelian seterusnya oleh pembeli yang sama, termasuk langganan semula, juga dikira untuk anda.
- Pembelian anda sendiri, termasuk melalui akaun lain milik anda, tidak dikira.
- Komisyen dan bonus boleh dikeluarkan 14 hari selepas ia diperoleh, iaitu tempoh untuk bayaran balik. Jika bayaran sesuatu jualan dipulangkan, komisyennya dibatalkan, dan ditolak daripada baki anda jika sudah dibayar. Bonus yang dituntut atas jualan itu juga dibatalkan jika anda tidak lagi mencapai levelnya sebelum 14 hari bonus itu tamat.
- Pengeluaran minimum RM20.00. Permintaan dibayar ke akaun bank anda pada hujung bulan permintaan dibuat.
- Kami boleh menahan atau membatalkan komisyen daripada jualan yang tidak sah (contohnya spam atau penipuan), dan menamatkan penyertaan.
6. Bayaran balik
Lihat Polisi Bayaran Balik.
7. Penafian
- Kursus ini untuk pendidikan. Hasil anda bergantung kepada usaha dan keadaan anda sendiri.
- Kursus menggunakan perkhidmatan pihak ketiga (contohnya tools AI dan hosting). Perkhidmatan itu, harga dan syaratnya di luar kawalan kami.
8. Had tanggungan
Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungan kami kepada anda terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam 12 bulan sebelumnya.
9. Penggantungan akaun
Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini, contohnya berkongsi akaun atau mengedarkan semula kandungan kursus.
10. Perubahan dan undang-undang
Kami boleh mengemas kini terma ini; tarikh di atas menunjukkan versi terkini. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.