Notis Privasi
Updated 5 Oktober 2026
1. Siapa kami
Notis ini menerangkan bagaimana Anadyne Systems (TR0328962-P) (“kami”) mengendalikan maklumat peribadi anda di SenangBetul, mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
2. Maklumat yang kami kumpul
- Nama, email dan nombor telefon (optional) anda.
- Password anda, disimpan hanya dalam bentuk yang disulitkan sehala (hash); kami tidak boleh membacanya.
- Jika anda log in dengan Google: nama dan email akaun Google anda, dan ID akaun Google anda (untuk mengenali anda semula). Kami tidak menerima password Google anda.
- Kemajuan kursus anda: pelajaran yang selesai dan yang terakhir dibuka.
- Jika anda mengikuti kursus percuma tanpa akaun: pelajaran yang anda tandakan selesai, bersama nombor rawak yang dijana oleh browser anda (bukan nama atau email), untuk statistik kursus. Jika anda kemudian daftar atau log in dari browser yang sama, rekod ini dikaitkan dengan akaun anda.
- Rekod pembelian. Bayaran diproses oleh Stripe; kami tidak menerima atau menyimpan butiran kad atau akaun bank pembayaran anda.
- Jika anda affiliate: affiliate code, jualan, pengeluaran dan butiran akaun bank untuk menerima bayaran.
- Affiliate code yang anda buka sebelum membeli, supaya jualan dikira kepada affiliate yang betul.
3. Tujuan
- Menyediakan akaun anda dan kursus, termasuk menyimpan kemajuan anda.
- Memproses langganan dan pembayaran, dan mengeluarkan resit.
- Mengira dan membayar komisyen affiliate.
- Menghubungi anda tentang akaun anda (contohnya link untuk tukar password), dan tentang kursus baru dan tawaran jika anda memilihnya.
- Mematuhi undang-undang, termasuk menyimpan rekod jualan.
4. Siapa yang menerima maklumat anda
- Stripe, untuk memproses pembayaran.
- Cloudflare, yang menjadi hos laman ini dan database-nya, dan menghantar email kami.
- Bunny.net, yang menstrim video kursus.
- Google, jika anda memilih untuk log in dengan Google.
- Affiliate yang membawa anda hanya nampak nama anda dalam bentuk tersamar (contohnya “A***a”), tarikh dan kursus yang dibeli.
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda. Sesetengah penyedia ini mungkin memproses data di luar Malaysia.
5. Data pengguna Google (Log masuk dengan Google)
- Apa yang kami akses: hanya nama anda, alamat email anda (dan sama ada Google telah mengesahkannya), dan ID akaun Google anda, melalui skop “openid”, “email” dan “profile”. Kami tidak mengakses Gmail, Drive, kenalan, kalendar, atau sebarang data Google lain, dan kami tidak menerima password Google anda.
- Bagaimana kami gunakannya: untuk mencipta akaun SenangBetul anda, atau log in ke akaun sedia ada dengan email yang sama, dan mengenali anda bila anda log in semula. Kami tidak menggunakannya untuk iklan.
- Perkongsian: kami tidak menjual, berkongsi atau memindahkan data pengguna Google kepada pihak ketiga, kecuali Cloudflare yang menjadi hos database kami.
- Penyimpanan dan pemadaman: disimpan selagi akaun anda wujud. Bila anda memadam akaun (Akaun → Profil → Delete akaun), nama dan email anda dipadam dan ID Google anda diputuskan. Anda juga boleh menarik balik akses SenangBetul pada bila-bila masa di myaccount.google.com/permissions.
- Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada API Google oleh SenangBetul mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use.
6. Berapa lama kami simpan
Selagi akaun anda wujud. Bila anda memadam akaun, nama, email, telefon, kemajuan dan butiran bank affiliate anda dipadam. Rekod jualan disimpan tanpa nama anda selama tempoh yang dikehendaki undang-undang (biasanya 7 tahun).
7. Hak anda
- Download salinan maklumat anda: Akaun → Profil → Download data saya.
- Betulkan maklumat anda: Akaun → Profil.
- Berhenti menerima email tawaran: Akaun → Profil → Notifikasi.
- Delete akaun anda: Akaun → Profil → Delete akaun.
- Untuk pertanyaan atau aduan lain tentang data anda, hubungi kami.
8. Cookie dan storan browser
Kami menggunakan satu cookie untuk memastikan anda kekal log in. Browser anda juga menyimpan affiliate code yang anda buka, dan, sebelum anda daftar, kemajuan kursus percuma anda dan nombor rawaknya (perkara 2). Kami tidak menggunakan cookie pengiklanan.
9. Keselamatan
Sambungan ke laman ini disulitkan (https), password disimpan sebagai hash, dan hanya admin kami boleh mengakses rekod pelajar.
10. Hubungi kami
Privacy notice: summary in English
SenangBetul is an online course platform operated by Anadyne Systems (TR0328962-P), Regus, Dpulze, Lingkaran Cyberpoint Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor. This summary covers the same points as the notice above, under Malaysia’s Personal Data Protection Act 2010.
- What we collect: your name, email and (optionally) phone number; your password, stored only as a one-way hash; your course progress; your purchase records (payments are handled by Stripe; we never receive card or bank details); and, for affiliates, their code, sales, withdrawals and the bank account they are paid into.
- Why: to provide your account and courses, process payments and receipts, pay affiliate commissions, contact you about your account (and about new courses and offers if you opt in), and meet legal record-keeping duties.
- Google user data (Sign in with Google): we access only your name, email address (and whether Google has verified it) and your Google account ID, through the “openid”, “email” and “profile” scopes. We use them only to create or sign in to your SenangBetul account and recognise you when you return. We do not access Gmail, Drive, contacts, calendar or any other Google data, do not use Google user data for advertising, and do not sell, share or transfer it to third parties other than Cloudflare, which hosts our database. Deleting your account erases your name and email and unlinks your Google ID; you can also revoke access at any time at myaccount.google.com/permissions. SenangBetul’s use and transfer of information received from Google APIs adheres to the Google API Services User Data Policy, including the Limited Use requirements.
- Who receives data: Stripe (payments), Cloudflare (hosting, database, email), Bunny.net (course video) and Google (only if you choose Sign in with Google). We never sell personal data.
- Retention: while your account exists. When you delete it, your personal details and progress are erased; sales records are kept without your name for as long as the law requires (usually 7 years).
- Your rights: download, correct or delete your data from Account → Profile, unsubscribe from offer emails, or contact us.
- Cookies: one cookie keeps you signed in; no advertising cookies.
- Contact: anas@senangbetul.com